Tuesday 12 June 2012

INTERNET di Malaysia

Internet Di Malaysia

Internet dimalaysia boleh dikatakan bermula sepenuhnya pada 1995. Dengan Jaring sebagai pembekal internet ( ISP ) pertama di malaysia. Apa itu ISP? ISP adalah perusahaan atau satu organisasi yang menyedia dan menjual perkhidmatan internet. Yang dahulunya ISP lebih terjerumus kepada perkhidmatan telefon. Namun sekarang hampir semuanya mobile service provider menyediakan internet seperti CELCOM, MAXIS dan juga DIGI.



Jaring adalah ISP pertama di malaysia

Dimalaysia Service Provider terbesar di monopoli oleh TM - Telekom Malaysia. Walaupun dimulakan oleh Jaring sebagai pembekal internet pertama tapi TM lebih gah dengan ISP yang besar. Mungkin ramai yang tidak sedar tentang kewujudan Jaring sebagai ISP yang pertama umunnya bagi ramai orang yagn terbiasa menggunakan service tmnet streamyx ni.

TM sebagai ISP besar di malaysia

Talian litar suwa antarabangsa berkelajuan 64Kbps ke Amerika Syarikat telah beroperasi mulai 14hb. Nov. 1992. Talian suwa ini menggantikan talian X.25 awam dan dail yang tidak lagi kos efektif setelah meningkatnya bilangan pengguna dan tahap penggunaan JARING. Pada 29hb. Nov. 1994, keupayaan JARING dipertingkatkan kepada 1.5Mbps yang merupakan 24 kali ganda lebih pantas berbanding dengan talian 64Kbps.Cuba bayangkan betapa lembab nya speed dulu. hanya 64Kbps untuk kelajuan ke US. Tapi harus ingat kegunaan pelanggan pada masa itu amat sedikit Keupayaan JARING ini memanfaatkan sepenuhnya teknologi gentian optik selaras dengan pertambahan dalam bilangan keahlian.

Tahun 1995 juga menyaksikan pemasangan sambungan kedua ke Internet antarabangsa. Sambungan tetap yang berkelajuan tinggi pada kadar 2.048Mbps (E1) berfungsi serentak dengan sambungan 1.536Mbps (T1) sebelumnya. Kehadiran E1 disamping T1 berupaya menampung penggunaan yang semakin bertambah. Sepanjang tahun 1995 pertumbuhan peningkatan keahlian JARING bertambah pada kadar purata 22% sebulan. Melalui Rancangan Malaysia Ke-7, kerajaan telah melaksanakan projek Superstruktur Maklumat Negara yang menggunakan JARING sebagai prasarana backbone.


Pada 11 Jun 1997, JARING menempa sejarah dengan pemasangan talian antarabangsa berkelajuan 45Mbps yang merupakan talian pertama seumpamanya di rantau ini (di luar Jepun). Talian ini dipasang mengambil sempena persidangan Internet terbesar di Asia, INET 97. Selanjutnya pada akhir tahun 1997, jumlah keahlian JARING meningkat melebihi 100,000 orang dengan jumlah pengguna dianggarkan melebihi 300,000 orang.Inilah serba sedikit pasal sejarah bagaimana internet bermula dimalaysia.

              


Jaringan kabel system TM
 
Sekarang, dengan perkembangan teknologi ISP itu berkembang tidak hanya dengan menggunakan jaringan telefon tapi juga menggunakan teknologi seperti fiber optic dan wireless.

Di Malaysia terdapat beberapa teknologi yang berbeza dipakai oleh ISP. Antaranya teknologi Cellular Broadband, DSL ,FibreOptics ,Wireless Broadband , Hotspot, Leased Line ,VSAT dan juga Wimax

Bagi pembekal internet yang menggunakan teknologi Cellular Broadband mereka ini terdiri daripada Celcom DIGI , Maxis dan juga Umobile dengan pelanggan hanya menggunakan telefon bimbit mereka untuk melayari internet.

DSL pula  menggunakan POTS (Plain Old Telephone) untuk menyediakan perkhidmatan internet kepada pelanggan dan teknologi ini diguna pakai oleh TM, Jaring Maxis dan TIME kepada pelanggan mereka dengan berkelajuan 384 kbit/s hingga 10Mbit/s

FibreOptics teknologi terkini  menggunakan kabel fiber optik yang sangat laju untuk membawa data. Antara ISP yang menggunakan teknologi ini adalah TIME , TMUnifi
FTTH-Maxis , Penangfon , Metrofon dan juga CMFN


Ini adalah senarai ISP iaitu pembekal internet di Malaysia..Memang Cukup banyak cuma yang kita selalu kenal TM, P1 wimax , Maxis dan juga Celcom tapi sebenar nya ada lagi yang kita tak tau..ermm ni pun ada yang tak bubuh dalam list.


Senarai ISP di Malaysia

1- TM - Telekom Malaysia
2- Jaring
3- Time
4- Redtone
5- P1 Wimax
6- Metrofon
7- Maxis
8- Celcom
9- DIGI
10-UMobile
11-Amax
12-iZZi
13-Extream Broadband
14-V-telecom
15-NasionCom
16-Penangfon
17-VDSL

MEDIA PENGHANTARAN GELOMBANG ELEKTROMAGNETIK


MEDIA PENGHANTARAN GELOMBANG ELEKTROMAGNETIK


SATELIT
  1. Menggunakan gelombang elektromagnetik  (radio) dan dihantar melalui ruang angkasa.
  2. Pancaran gelombang mikro yang diterima dan dihantar ke destinasi yang dikehendaki menggunakan satu papan atas litar yang dikenali sebagai transponder. Transponder ialah komunikasi/pengawasan tanpa wayar, atau peranti kawalan yang mengambil dan bertindakbalas kepada sebarang isyarat yang diterima. 
  3. Satu satelit biasanya memiliki banyak transponder, setiap satunya mempunyai kumpulan frekuensinya yang tersendiri. 
  4. Saluran satelit mempunyai keluasan bandwidth yang tinggi  (500 MHz) dan boleh menghasilkan beratus kadar laluan bit data.
TERRESTRIAL MICROWAVE 

  1. Digunakan secara meluas untuk menghasilkan hubungan komunikasi apabila media penghantaran fizikal adalah tidak praktikal dan sukar dipasang. Sebagai contohnya melintasi sungai, paya atau hutan.
  2. Pancaran gelombang mikro adalah menerusi atmosfera. 
  3. Hanya boleh digunakan untuk jarak dekat iaitu lebih kurang 50km.
  4. Kelemahan: boleh diganggu oleh faktor luar sepereti struktur binaanya dan keadaan cuaca.
 
RADIO 
  1. Selalunya digunakan untuk menyediakan hubungan tanpa wayar antara titik akhir wayar tetap (fixed-wire) dan komputer teragih menggunakan penghantar dan penerima atas tanah. 
  2. Penghantar bagi radio (dikenali sebagai base station) diletakkan pada titik akhir wayar tetap (fixed-wire) iaitu central site. 
  3. Kawasan liputan untuk setiap base station adalah terhad – iaitu melalui penghadan kuasa output. Oleh itu ia menyediakan saluran yang terhad untuk menampung jumlah muatan kawasan tersebut.


Sunday 15 April 2012

Perkakasan Rangkaian

Perkakasan rangkaian merangkumi semua komputer, periferal, kad antaramuka (interface card) dan beberapa peralatan bagi menjalankan pemprosesan data dan komunikasi di dalam rangkaian. Di antara komponen-komponen yang diperlukan sebagai perkakasan rangkaian ialah:
 

  1. Fail pelayan 
  2. Stesen kerja  
  3. Kad antara muka  
  4. Concentrators / Hub  
  5. Pengulang (repeaters 
  6. Jambatan (Bridges)  
  7. Router
Fail Pelayan



Fail pelayan merupakan tunggak utama kebanyakkan rangkaian. Ia merupakan sebuah komputer yang berkuasa tinggi dengan jumlah RAM dan ruang storan yang besar termasuklah kad antara muka. Sistem Pengoperasian Rangkaian bertapak di dalam komputer bersama-sama perisian aplikasi dan fail data yang boleh dikongsi. Fail pelayan mengawal komunikasi maklumat  di antara nod di dalam rangkaian. Contohnya, satu permintaan dari satu stesen kerja yang meminta program pemprosesan maklumat,  menerima  fail   data   dari   satu stesen kerja yang lain dan menyimpan mesej
e-mel pada masa yang masa. Tugas-tugas ini memerlukan sebuah komputer yang menyimpan banyak maklumat dan berkongsi di dalam masa yang singkat. Fail pelayan seharusnya mempunyai ciri-ciri yang berikut: 

  1. Mempunyai megahertz atau pemprosesan mikro (Pentium, Power PC) 
  2. Cakera keras yang cepat dengan storan sekurang-kurangnya 4 Gigabait  
  3. Satu RAID (Redundant Array of Inexpensive Disks) untuk menyimpan data selepas penggunakan disket
  4. Satu unit fail sandaran  
  5. Beberapa slot perluasan  
  6. Kad antara muka yang pantas  
  7. Sekurang-kurangnya 32 MB RAM
Stesen Kerja
 
Kesemua komputer yang dirangkaikan dengan fail pelayan dikenali sebagai stesen kerja. Satu stesen kerja yang tipikal merupakan sebuah komputer yang dilengkapi dengan kad antara muka rangkaian (Network Interface Card), perisian rangkaian dan kabel-kabel yang tertentu. Stesen kerja tidak semestinya mempunyai storan cakera liut atau storan cakera keras kerana fail akan disimpan di dalam fail pelayan. Hampir semua komputer berupaya berfungsi sebagai stesen kerja.

Kad Antara Muka Rangkaian (NIC)

Kad antara muka rangkaian (NIC) menyediakan penyambungan fizikal di antara rangkaian dengan komputer stesen kerja. Kebanyakan NIC adalah bersifat internal dengan kad yang dimuatkan pada slot di dalam komputer. Beberapa komputer seperti Mac Classics menggunakan kotak luaran yang dilekatkan pada port bersiri atau  port SCSI. Komputer laptop biasanya menggunakan adapter LAN secara luaran yang disambungkan secara luaran ke port selari atau kad rangkaian yang dimuatkan ke slot PCMCIA. Kad antara muka rangkaian turut mempengaruhi kepantasan dan kebolehan sesebuah rangkaian.Adalah lebih baik menggunakan kad antara muka yang pantas seiring dengan jenis stesen kerja yang dijalankan. Tiga daripada kad antara muka rangkaian yang paling popular digunakan ialah kad Ethernet, penyambung LocalTalk dan kad Gelang Token.

  • Kad Ethernet: Kad Ethernet biasanya dijual secara berasingan dengan komputer di pasaran, walaupun banyak komputer seperti Macintosh kini menyediakan satu pilihan di mana kad tersebut dimasukkan terus di dalam papan induk sesebuah komputer. Kad Ethernet turut menggunakan penyambung melalui kabel koaksial atau kabel pasangan berpintal (atau kedua-duanya sekali). Jika ia direka untuk kabel koaksial, penyambungnya ialah BNC. Jika ia direka untuk kabel pasangan berpintal pula, ia menggunakan oenyambung RJ-45. Beberapa kad Ethernet turut mengandungi penyambung AUI. Ini boleh digunakan untuk menyambungkan kabel koaksial, pasangan berpintal atau fiber optik kepada kad Ethernet. Apabila kaedah ini digunakan, satu alat penghantar-terima luaran diperlukan  pada stesen kerja ini.
  • Penyambungan LocalTalk: Penyambung LocalTalk merupakan salah satu hasil ciptaan Apple bagi menyelesaikan masalah rangkaian komputer Macintosh.Ia mengandungi satu kotak adapter yang khas dan kabel yang dipasangkan kepada port selari sebuah komputer Macintosh. Kekurangan utama pada LocalTalk ialah ia amat perlahan berbanding dengan Ethernet. Kebanyakan penyambung Ethernet beroperasi pada kelajuan 10 Mbps berbanding dengan LocalTalk yang hanya beroperasi pada kelajuan 230 Kbps atau 0.23 Mbps. 
  • Kad Gelang Token: Kad rangkaian Gelang Token merupakan kad yang hampir sama dengan Ethernet. Satu perbezaan yang dapat dilihat ialah jenis penyambung  yang terletak di bahagian belakang kad tersebut. Kad Gelang Token biasanya mempunyai sembilan pin DIN jenis penyambung bagi meyambungkan kad tersebut kepada kabel rangkaian.
Concentrator/ Hub

Concentrator ialah satu peranti yang menghubungkan titik tengah kabel dari stesen kerja, fail pelayan dan periferal. Di dalam topologi bintang, kabel pasangan berpintal disambungkan dari setiap stesen kerja ke titik tengah concentrator. Hab adalah concentrator slot yang pelbagai, yang mana kad pelbagai siri boleh disambungkan bagi menambahkan akses tambahan apabila rangkaian semakin berkembang saiznya. Beberapa concentrator adalah pasif di mana ia membenarkan isyarat melepasi satu komputer ke komputer yang lain tanpa ada perubahan. Kebanyakan concentrator adalah aktif di mana ia mengenali isyarat dan mengesahkan kehadiran isyarat itu semasa isyarat itu berlegar dari satu peranti ke peranti yang lain. Concentrators yang aktif lazimnya bertindak sebagai pengulang bagi memperpanjangkan sesuatu rangkaian itu. Concentrators biasanya: 

  1. Berpasangan dengan 8, 12 atau 24 RJ-45 port.
  2. Biasanya digunakan di dalam Topologi Bintang atau Bintang Cecincin
  3. Dijual dengan perisian khas bagi pengurusan litar
  4. Juga dipanggil hub.
  5. Biasanya dimasukkan (install) di dalam rak besi yang turut memuatkan netmodem,jambatan dan router.
Pengulang (Repeater)

Apabila sesuatu isyarat bergerak di dalam satu rangkaian, ia menjadi semakin kurang bertenaga. Sebuah pengulang merupakan satu peranti mengecam isyarat apabila ia melintasinya. Pengulang melakukan ini melalui percikan elektrik pada isyarat yang diterima dan menyaiakannya semula. Pengulang boleh jadi sebuah peranti asing atau disatukan dengan concentrator.Ia digunakan apabila jumlah panjang kabel rangkaian melampaui had standard bagi jenis kabel yang digunakan. Satu contoh penggunaan pengulang baik ialah pada LAN yang menggunakan Topologi Bintang melalui kabel tidak berlapik pasangan berpintal. Had panjang yang dibenarkan ialah 100 meter. Konfigurasi yang paling lazim ialah penyambungan setiap stesen kerja melalui kabel pasang berpintal kepada concentrator port pelbagai aktif. Concentrator memberi tenaga kepada semua isyarat yang melaluinya dan membenarkan had jumlah panjang kabel pada rangkaian melebihi 100 meter.

Jambatan (Bridges)
 
Sebuah jambatan atau penghubung  berfungsi membenarkan satu rangkaian yang besar dibahagikan menjadi dua buah rangkaian yang kecil. Ini dapat mempertingkatkan mutu perkhidmatan pada rangkaian itu. Jika sistem perkabelan cara lama hendak disambungkan dengan sistem rangkaian terkini, sebuah jambatan merupakan jalan penyelesaian. Satu jambatan bertugas mengawal laluan informasi dari kedua-dua belah bahagian rangkaian supaya ia dapat menghantar informasi yang diterima ke lokasi yang diminta.Kebanyak jambatan berupaya mengawal rangkaian dan secara automatik mengumpul alamat semua komputer yang terdapat pada kedua-dua belah rangkaian. Jambatan turut berupaya untuk memeriksa setiap pesanan dan jika perlu menyiarkannya pada rangkaian yang di sebelah. Jambatan menguruskan lalu lintas bagi mengekalkan persembahan optima dari kedua-dua bahagaian rangkaian itu. Walau bagaimana pun, maklumat yang tidak berkaitan tidak akan disiarkan. Jambatan turut boleh digunakan untuk menghubungkan kabel yang pelbagai jenis atau topologi fizikal. Namun begitu, protokol yang sama hendaklah digunakan.

Router

Sebuah router berfunsi sebagai penterjemah informasi dari satu rangkaian ke satu rangkaian yang lain. Ia boleh disamakan dengan jambatan yang bijak. Router memilih jalan yang paling sesuai untuk menghantar pesanan, berpandukan pada alamat dan asal. Ia juga boleh mengarahkan lalu lintas bagi mengelakkan perlanggaran dan turut bijak mengetahui pelusuk jalan dan jalan pintas. Walaupun jambatan mengetahui alamat semua komputer di dalam rangkaian, router mengetahui alamat semua komputer, jambatan dan router yang lain yang terdapat di dalam rangkaian. Router juga turut tahu jalan mana yang sibuk dan mengarahkan data melalui jalan pintas sehingga laluan kembali normal. Jika terdapat rangkaian LAN di sekolah yang hendak disambungkan dengan Internet, router merupakan jalan penyelesaiannya. Di dalam hal ini, router menjadi penterjemah di antara maklumat di dalam LAN dan Internet. Ia juga turut menyediakan jalan pintas yang paling baik untuk menghantar data ke Internet. Router berupaya untuk:
 

  1. Mengarahkan isyarat trafik dengan berkesan.
  2. Mengarahkan mesej di antara dua protokol
  3. Mengarahkan mesej di antara rangkaian bas, bintang dan bintang cecincin
  4. Mengarahkan mesej merentasi kabel fiber optik, koaksial dan kabel pasangan berpintal.

Thursday 12 April 2012

Sistem Pengoperasian Rangkaian (NOS)

Berbanding dengan sistem operasi yang digunakan untuk pengguna individu bagi mengawal sesebuah komputer, contohnya DOS dan Windows95, Sistem Pengoperasian Rangkaian  (NOS) mengawal dan menguruskan semua aktiviti yang dijalankan oleh pelbagai komputer di sepanjang rangkaian. Sistem Pengoperasian Rangkaian (NOS) ini bertindak sebagai pengarah bagi memastiakan perjalanan rangkaian ini dapat berjalan dengan sempurna dan bersistematik. Terdapat dua jenis Sistem Pengoperasian Rangkaian (NOS) yang utama iaitu:  
  1. sesama pelanggan (peer-to-peer) 
  2. pelanggan-pelayan (client-server)
Sesama Pelanggan (Peer to Peer)

Sistem Pengoperasian Rangkaian sesama pelanggan (peer-to-peer) membenarkan pengguna berkongsi sumber-sumber dan fail-fail yang terdapat pada komputer peribadi masing-masing dan membuka, mencari serta mengambil data atau sumber maklumat yang terdapat dari komputer-komputer orang lain. Walau bagaimana pun, ia tidak mempunyai fail pelayan atau sumber pengurusan terpusat kerana di dalam sistem rangkaian ini, semua komputer dianggap setara dan seimbang. Ini bermakna kesemua pengguna mempunyai kelayakan dan kebolehan untuk menggunakan sumber yang terdapat di dalam komputer di rangkaian tersebut.Sistem Pengoperasian Rangkaian sesama pelanggan ini dicorakkan untuk memenuhi keperluan suatu kawasan kecil ke sederhana besarnya. Ia amat sesuai bagi Rangkaian Kawasan Setempat (LAN). Contoh program yang berupaya berfungsi sebagai sistem rangkaian sesama pelanggan ialah AppleShare dan Windows bagi Kerja Berkumpulan (WorkGroup). 

Kebaikan
  1. Kos dapat dikurangkan: fail pelayan yang dedikasi tidak diperlukan 
  2. Sistem: Satu sistem operasi contohnya Window 95 sudah sememangnya ada di dalam sistem operasi. Oleh yang demikian, ia hanya perlu dibentuk semual bagi membolehkan sistem pengopersian sesama pelanggan beroperasi.
Keburukan
  1. Tidak berpusat: Tidak ada keselarasan bagi fail dan aplikas
  2. Keselamatan: Tidak menyediakan ciri-ciri keselamatan bagi pelayan-pelanggan rangkaian.

Pelanggan Pelayan (Client Server)
 
Sistem Pengoperasian Rangkaian membenarkan rangkaian tersebut memusatkan fungsi dan aplikasi di dalam satu atau lebih fail pelayan yang dedikasi.Fail pelayan menjadi nadi kepada sesebuah sistem, menyediakan laluan ke pelbagai sumber dan turut menyediakan ciri-ciri keselamatan. Stesen kerja individu boleh menggunakan sumber-sumber yang terdapat di dalam fail pelayan. Sistem pengoperasian rangkaian ini turut menyediakan mekanisma yang membolehkan intergrasi di antara semua komponen dan membenarkan pelbagai pengguna berkongsi sumber maklumat yang sama walaupun berada di beberapa kedudukan fizikal yang berlainan.

Kebaikan
  1. Berpusat: Keselamatan sumber dan data dikawal oleh fail pelayan. 
  2. Memenuhi keperluan: Mana–mana elemen dan dokumen boleh dialihkan secara berasingan mengikut tahap keperluan yang meningkat.  
  3. Fleksibel: Teknologi dan perisian yang terkini dengan mudah dapat dimasukkan ke dalam sistem.
  4. Interoperasi: Semua komponen termasuk pelanggan, rangkaian dan fail pelanggan bekerja bersama-sama.
Keburukan
  1. Perbelanjaan: Memerlukan pelaburan yang banyak di dalam mendapatkan fail pelayan yang dedikasi. 
  2. Penyenggaraan: Rangkaian yang besar memerlukan sejumlah staff yang menjamin kecekapan operasi.
  3. Permasalahan: Apabila fail pelayan mengalami masalah, segala operasi akan turut tergugat dan bermasalah.
                                       



                                       Jom Kita Tengok Video 



 
Contoh Sistem Pengoperasian Rangkaian
 
Di antara contoh-contoh Sistem Pengoperasian Rangkaian yang melibatkan rangkaian sesama pelanggan dan pelayan-pelanggan ialah:  

  1. AppleShare 
  2. LANtastic  
  3. Microsoft Windows untuk Workgroups  
  4. Microsoft Windows NT Server 
  5. Novell Netware

Kabel

Kabel merupakan satu media di mana maklumat berhijrah dari satu peranti rangkaian ke satu peranti rangkaian yang lain. Terdapat beberapa jenis kabel yang biasa digunakan di dalam Rangkaian Kawasan Setempat (LAN). Terdapat beberapa situasi di mana rangkaian hanya membenarkan satu jenis kabel sahaja yang boleh digunakan namun begitu terdapat juga situasi di mana kombinasi lebih dari satu jenis kabel dibenarkan.  Pemilihan jenis-jenis kabel adalah berkaitrapat dengan topologi, protokol dan saiz rangkaian. Memahami kriteria-kriteria bagi jenis-jenis kabel yang berlainan dan perkaitannya dengan aspek lain di dalam rangkaian adalah perlu untuk perkembangan sistem rangkaian yang berjaya.Di antara jenis-jenis kabel yang digunakan di dalan rangkaian ialah seperti: 
  1. Kabel Tidak Berlapik Pasangan Berpintal (Unshielded Twisted Pair – UTP) 
  2. Kabel Berlapik Pasang Berpintal (Shielded Twisted Pair – STP)  
  3. Kabel Sipaksi (Coaxial )  
  4. Kabel Fiber Optik  
  5. Penghantaran tanpa Wayar (Wireless Transmission
Berikut adalah perbandingan antara kabel-kabel dari segi keserasian dan kemampuannya.


Bil
Jenis Kabel
Keserasian
Ethernet
Token Ring
Arcnet
FDDI
I
Coaxial
Ya
Tidak
Ya
Tidak
II
Shieled Twisted Pair (STP)
Ya
Ya
Ya
Tidak
III
Unshieled Twisted Pair (UTP)
Tidak
Ya
Ya
Tidak
IV
Fiber Optic
Tidak
Ya
Ya
Ya
Jadual Keserasian Kabel dengan Protokol


Bil
Jenis Kabel
Kecekapan
Kelajuan
Ketahanan
Harga
I
Coaxial
Cepat 
Lebih Baik
Sedang
II
Shieled Twisted Pair (STP)
Lebih cepat 
Baik
Rendah
III
Unshieled Twisted Pair (UTP)
Dapat diterima 
Terpengaruh oleh interferen elektromagnetik
Terendah
IV
Fiber Optic 

Paling laju
Kebal terharap interferen elektromagnetik 
Tertinggi
                           Jadual Kecekapan Kabel



Jenis Kabel
Jenis Soket
I
Coaxial
BNC dan BNC T-Connector 
II
Shieled Twisted Pair (STP)
RJ-45 
III
Unshieled Twisted Pair (UTP)
RJ-45
IV
Fiber Optic
ST Connector, SC Connector

                             Soket (Connector)



Transmisi Tanpa Kabel
Tidak semua rangkaian dihubung menggunakan kabel kerana ada juga rangkaian yang menggunakan tranmisi atau penghantaran tanpa kabel. Penghantaan cara ini menggunakan isyarat radio berfrekuensi tinggi atau sinar cahaya infra merah untuk berkomunikasi di antara stesen kerja dan fail pelayan. Setiap stesen kerja dan fail pelayan yasng mempunyai rangkaian tanpa kabel  biasanya mempunyai satu penghantar isyarat atau antena  bagi membolehkan data dihantar dan diterima. Informasi digilirkan di antara penghantar-terima seperti ia benar-benar bersambung secara fizikal. Bagi jarak yang lebih jauh komunikasi tanpa kabel boleh juga dijalankan melalui penggunaan telefon selular atau melalui satelit. Rangkaian sebegini sangat sesuai bagi menghubungkan komputer laptop atau komputer mudahalih dengan LAN.  Rangkaian tanpa kabel amat sesuai dijalankan di bangunan-bangunan yang lama dimana perkabelan sukar untuk dijalankan. Namun begitu, transmisi tanpa kabel begini ada juga kekurangannya dimana kos yang diperlukan adalah tinggi, tahap keselamatan tidak begitu menyakinkan dan mudah tergugat dengan kehadiran gelombang frekuensi tinggi radio dan cahaya.


 

Wednesday 11 April 2012

Protokol

Apa itu PROTOKOL???

Protokol dalam istilah pengertian perkataan ialah satu tatacara atau peraturan. Dalam istilah perkomputeran dan rangkaian, protokol ialah tatacara ataupun bahasa komunikasi yang digunakan bagi membolehkan satu-satu rangkaian itu berkomunikasi. Peraturan-peraturan tersebut termasuklah garis panduan yang merangkumi  beberapa kriteria-kriteria sebuah rangkaian. Ini termasuklah cara mengakses, topologi fizikal yang dibenarkan, jenis-jenis perkabelan, dan kelajuan penghantaran data. Dalam membolehkan satu rangkaian itu berkomunikasi, beberapa protokol rangkaian dicipta. Antara protokol yang sering digunakan dan sentiasa dibangunkan ialah:


  1. TCP/IP: TCP/IP (Transmit Computer Protocol/Internet Protocol) seolah-olah satu landasan yang menghubungkan satu rangkaian dengan rangkaian lain dengan mengenali sistem pernomboran yang dikenali sebagai IP Address. IP Addres lebih mirip seperti alamat kediaman anda.
  2. Ethernet : Ethernet menggunakan cara kemasukan (access method) yang dikenali sebagai CSMA/CD (Carrier Sense Multiple Access / Collision Detection). Ia merupakan suatu sistem di mana setiap komputer menunggu arahan melalui kabel sebelum menghantar mesej melalui rangkaian. Jika rangkaian didapati tidak sibuk, barulah komputer tersebut menyampaikan maklumat atau mesejnya. Jika satu nod lain terlebih dahulu telah menyiarkan mesejnya melalui kabel, komputer tersebut akan menunggu dan akan mencuba sekali lagi apabila laluan membenarkan.  Kadangkala terdapat dua komputer yang kebetulan menghantar mesej pada waktu yang serentak. Apabila kejadian ini berlaku maka akan terjadilah perlanggaran. Kedua-dua komputer tersebut akan berundur buat sementara sebelum menghantar mesej semula. Dengan sistem penghantaran yang sebegini, pelanggaran merupakan sesuatu yang lumrah. Walau bagaimana pun, kelewatan yang terjadi akibat perlanggaran dan penghantaran semula data itu tadi, adalah kecil dan biasanya tidak mempengaruhi kepantasan penghantaran data di dalam rangkaian.  Protokol Ethernet biasanya digunakan untuk topologi linear bas, bintang atau pepohon. Data boleh dihantar menggunakan kabel pasangan berpintal (twisted pair), kabel sipaksi (coaxial) atau kabel fiber optik pada kepantasan 10 Mbps.
  3. Local Talk: Local Talk merupakan satu protokol rangkaian yang dibangunkan oleh Apple Computer untuk Komputer Macintosh. Cara yang digunakan oleh Local Talk dipanggil CSMA/CA (Carrier Sense Multiple Access dengan Collision Avoidance). Ia hampir sama dengan CSMA/CD kecuali komputer memberi isyarat terlebih dahulu sebelum data hendak dihantar. Adapter bagi Local Talk dan kabel pasangan berpintal yang khas boleh digunakan untuk menghubung satu siri komputer menggunakan port bersiri. Sistem operasi Macintosh membenarkan sitem pengoperasian sesama pelanggan (peer-to-peer) tanpa perlu perisian tambahan. Dengan penambahan versi fail pelayan dari perisian AppleShare, sistem pelanggan-pelayan (client-server) bleh dilaksanakan. Protokol Local Talk membenarkan topologi linear bas atau topologi pepohon dengan menggunakan kabel pasangan berpintal. Satu kekurangan kecil bagi Local Talk ialah dari segi kepantasan. Kepantasan bagi penghantaran maklumat bagi Local Talk hanyalah 230 Kbps.
  4. Token Ring: Protokol Token Ring telah dibangunkan oleh syarikat IBM pada pertengahan tahun 1980-an. Cara kemasukan (access method) menggunakan cara penghantaran maklumat di dalam suatu bulatan. Di dalam Token Ring, beberapa komputer dihubungkan bagi membolehkan isyarat berlegar di sepanjang talian rangkaian komputer tersebut. Satu token elektronik bergerak mengelilingi bulatan dari satu komputer ke satu komputer  dan jika komputer tersebut tidak mempunyai informasi untuk dihantar, ia akan bergerak melepasi komputer tersebut ke stesen kerja yang seterusnya. Jika komputer tersebut hendak menghantar maklumat, ia akan mengisi data atau maklumat kepada token yang datang kepadanya. Token tersebut kemudiannya bergerak meneruskan perjalanannya sehingga ia sampai kepada komputer di mana data atau maklumat tersebut hendak dihantar. Pada titik ini, data atau maklumat tersebut akan diperolehi oleh komputer yang menerima. Protokol Gelang Token mengkehendaki topologi Bintang Cecincin (star-wired ring) dengan penggunaan kabel pasangan berpintal (twisted pair) atau kabel fiber optik. Ia berupaya menjalankan operasi pada kepantasan 4 Mbps atau 16 Mpbs. Oleh kerana penggunaan Ethernet yang semakin popular, persekitaran sekolah semakin kurang menggunakan Gelang Token.
  5. FDDI: Fiber Pengagihan Data Antara Muka (Fiber Distributed Data Interface – FDDI) merupakan satu protokol rangkaian terutamanya untuk menghubungkan dua atau lebih rangkaian kawasan setempat, bagi meliputi kawasan-kawasan yang jauh jaraknya. Cara kemasukkan (access method) yang digunakan oleh FDDI turut melibatkan penghantaran token. FDDI menggunakan topologi fizikal cecincin berkembar. Penghantaran biasanya terjadi pada salah satu daripada token atau cecincin, namun begitu jika berlakunya kegagalan di dalam rangkaian, sistem tersebut akan menggerakkan informasi secara automatik menggunakan perjalanan rangkaian yang kedua seterusnya membentuk satu rangkaian baru yang lengkap. Kelebihan yang ketara bagi penggunaan FDDI ialah kepantasan di dalam penghantaran maklumat. Ia beroperasi menggunakan kabel fiber optik pada 100 Mbps.


 

Saturday 7 April 2012

Computer Network

Mungkin anda tertanya-tanya macamana network ni boleh berhubung ataupun berkomunikasi kan??? Hahahaha.Jawapan nye senang je, jom kita belajar sama-sama:

Rangkaian Komputer ni digunakan untuk menghubungkan komputer vs komputer ataupun komputer dengan alat peranti yang lain untuk berhubung antara satu sama lain. Terdapat 5 kategori komponen dalam rangkaian telekomunikasi ni iaitu:

  1. Terminal atau peralatan input/output: alat input /output yang menghantar dan menerima data, contohnya telefon
  2. Pemproses telekomunikasi: alat pemproses yang menyokong penghantaran dan penerimaan data di antara terminal contohnya modem.
  3. Media/saluran penghantaran: contoh talian telefon  
  4. Komputer
  5. Perisian kawalan telekomunikasi: mengandungi program/aturcara yang mengawal aktiviti telekomunikasi(input dan output) dan mengurus fungsi rangkaian telekomunikasi. Contonhnya: Telecommunication Network untuk mainframe host computers, Network Operation Systems untuk rangkaian server dan Web Browser untuk komputer peribadi. 


Selain itu juga, terdapat 4 kategori rangkaian yang utama iaitu:
  1. LAN (Local Area Network): LAN merupakan rangkaian yang dibangunkan dalam sesebuah bangunan, kampus atau pejabat. LAN yang paling mudah boleh terdiri daripada dua komputer dan satu pencetak yang disambungkan. Saiz LAN terhad dalam beberapa kilometer sahaja. LAN direkabentuk untuk membenarkan perkongsian sumber antara komputer, stesyem kerja dan sebagainya.
  2. MAN (Metropolitan Area Network): MAN direkabentukmeliputi kawasan satu bandar. MAN biasanya dipunyai dan dikendalikan oleh satu syarikat yang besar. Syarikat telefon juga ada menyediakan rekabentuk MAN yang paling terkenal ialah Switched Multi-megabait Data Services (SMDS). 
  3. WAN (Wide Area Network): WAN menyediakan perkhidmatan penghantaran data jarak jauh. Digunakan dalam perkhidmatan jalur lebar seperti broadband yang meliputi kawasan yang luas seperti syarikat telefon. WAN menggabungkan komunikasi rangkaian secara switch lines, microwave dan juga satelit. 
  4. PAN (Personal Area Network): Rangkaian bagi peranti persendirian seperti printer, telefon dan sebagainya. 

Jom kita lihat dengan lebih jelas lagi mengenai topik ini: