Thursday 12 April 2012

Sistem Pengoperasian Rangkaian (NOS)

Berbanding dengan sistem operasi yang digunakan untuk pengguna individu bagi mengawal sesebuah komputer, contohnya DOS dan Windows95, Sistem Pengoperasian Rangkaian  (NOS) mengawal dan menguruskan semua aktiviti yang dijalankan oleh pelbagai komputer di sepanjang rangkaian. Sistem Pengoperasian Rangkaian (NOS) ini bertindak sebagai pengarah bagi memastiakan perjalanan rangkaian ini dapat berjalan dengan sempurna dan bersistematik. Terdapat dua jenis Sistem Pengoperasian Rangkaian (NOS) yang utama iaitu:  
  1. sesama pelanggan (peer-to-peer) 
  2. pelanggan-pelayan (client-server)
Sesama Pelanggan (Peer to Peer)

Sistem Pengoperasian Rangkaian sesama pelanggan (peer-to-peer) membenarkan pengguna berkongsi sumber-sumber dan fail-fail yang terdapat pada komputer peribadi masing-masing dan membuka, mencari serta mengambil data atau sumber maklumat yang terdapat dari komputer-komputer orang lain. Walau bagaimana pun, ia tidak mempunyai fail pelayan atau sumber pengurusan terpusat kerana di dalam sistem rangkaian ini, semua komputer dianggap setara dan seimbang. Ini bermakna kesemua pengguna mempunyai kelayakan dan kebolehan untuk menggunakan sumber yang terdapat di dalam komputer di rangkaian tersebut.Sistem Pengoperasian Rangkaian sesama pelanggan ini dicorakkan untuk memenuhi keperluan suatu kawasan kecil ke sederhana besarnya. Ia amat sesuai bagi Rangkaian Kawasan Setempat (LAN). Contoh program yang berupaya berfungsi sebagai sistem rangkaian sesama pelanggan ialah AppleShare dan Windows bagi Kerja Berkumpulan (WorkGroup). 

Kebaikan
  1. Kos dapat dikurangkan: fail pelayan yang dedikasi tidak diperlukan 
  2. Sistem: Satu sistem operasi contohnya Window 95 sudah sememangnya ada di dalam sistem operasi. Oleh yang demikian, ia hanya perlu dibentuk semual bagi membolehkan sistem pengopersian sesama pelanggan beroperasi.
Keburukan
  1. Tidak berpusat: Tidak ada keselarasan bagi fail dan aplikas
  2. Keselamatan: Tidak menyediakan ciri-ciri keselamatan bagi pelayan-pelanggan rangkaian.

Pelanggan Pelayan (Client Server)
 
Sistem Pengoperasian Rangkaian membenarkan rangkaian tersebut memusatkan fungsi dan aplikasi di dalam satu atau lebih fail pelayan yang dedikasi.Fail pelayan menjadi nadi kepada sesebuah sistem, menyediakan laluan ke pelbagai sumber dan turut menyediakan ciri-ciri keselamatan. Stesen kerja individu boleh menggunakan sumber-sumber yang terdapat di dalam fail pelayan. Sistem pengoperasian rangkaian ini turut menyediakan mekanisma yang membolehkan intergrasi di antara semua komponen dan membenarkan pelbagai pengguna berkongsi sumber maklumat yang sama walaupun berada di beberapa kedudukan fizikal yang berlainan.

Kebaikan
  1. Berpusat: Keselamatan sumber dan data dikawal oleh fail pelayan. 
  2. Memenuhi keperluan: Mana–mana elemen dan dokumen boleh dialihkan secara berasingan mengikut tahap keperluan yang meningkat.  
  3. Fleksibel: Teknologi dan perisian yang terkini dengan mudah dapat dimasukkan ke dalam sistem.
  4. Interoperasi: Semua komponen termasuk pelanggan, rangkaian dan fail pelanggan bekerja bersama-sama.
Keburukan
  1. Perbelanjaan: Memerlukan pelaburan yang banyak di dalam mendapatkan fail pelayan yang dedikasi. 
  2. Penyenggaraan: Rangkaian yang besar memerlukan sejumlah staff yang menjamin kecekapan operasi.
  3. Permasalahan: Apabila fail pelayan mengalami masalah, segala operasi akan turut tergugat dan bermasalah.
                                       



                                       Jom Kita Tengok Video 



 
Contoh Sistem Pengoperasian Rangkaian
 
Di antara contoh-contoh Sistem Pengoperasian Rangkaian yang melibatkan rangkaian sesama pelanggan dan pelayan-pelanggan ialah:  

  1. AppleShare 
  2. LANtastic  
  3. Microsoft Windows untuk Workgroups  
  4. Microsoft Windows NT Server 
  5. Novell Netware

No comments:

Post a Comment