Wednesday 11 April 2012

Protokol

Apa itu PROTOKOL???

Protokol dalam istilah pengertian perkataan ialah satu tatacara atau peraturan. Dalam istilah perkomputeran dan rangkaian, protokol ialah tatacara ataupun bahasa komunikasi yang digunakan bagi membolehkan satu-satu rangkaian itu berkomunikasi. Peraturan-peraturan tersebut termasuklah garis panduan yang merangkumi  beberapa kriteria-kriteria sebuah rangkaian. Ini termasuklah cara mengakses, topologi fizikal yang dibenarkan, jenis-jenis perkabelan, dan kelajuan penghantaran data. Dalam membolehkan satu rangkaian itu berkomunikasi, beberapa protokol rangkaian dicipta. Antara protokol yang sering digunakan dan sentiasa dibangunkan ialah:


  1. TCP/IP: TCP/IP (Transmit Computer Protocol/Internet Protocol) seolah-olah satu landasan yang menghubungkan satu rangkaian dengan rangkaian lain dengan mengenali sistem pernomboran yang dikenali sebagai IP Address. IP Addres lebih mirip seperti alamat kediaman anda.
  2. Ethernet : Ethernet menggunakan cara kemasukan (access method) yang dikenali sebagai CSMA/CD (Carrier Sense Multiple Access / Collision Detection). Ia merupakan suatu sistem di mana setiap komputer menunggu arahan melalui kabel sebelum menghantar mesej melalui rangkaian. Jika rangkaian didapati tidak sibuk, barulah komputer tersebut menyampaikan maklumat atau mesejnya. Jika satu nod lain terlebih dahulu telah menyiarkan mesejnya melalui kabel, komputer tersebut akan menunggu dan akan mencuba sekali lagi apabila laluan membenarkan.  Kadangkala terdapat dua komputer yang kebetulan menghantar mesej pada waktu yang serentak. Apabila kejadian ini berlaku maka akan terjadilah perlanggaran. Kedua-dua komputer tersebut akan berundur buat sementara sebelum menghantar mesej semula. Dengan sistem penghantaran yang sebegini, pelanggaran merupakan sesuatu yang lumrah. Walau bagaimana pun, kelewatan yang terjadi akibat perlanggaran dan penghantaran semula data itu tadi, adalah kecil dan biasanya tidak mempengaruhi kepantasan penghantaran data di dalam rangkaian.  Protokol Ethernet biasanya digunakan untuk topologi linear bas, bintang atau pepohon. Data boleh dihantar menggunakan kabel pasangan berpintal (twisted pair), kabel sipaksi (coaxial) atau kabel fiber optik pada kepantasan 10 Mbps.
  3. Local Talk: Local Talk merupakan satu protokol rangkaian yang dibangunkan oleh Apple Computer untuk Komputer Macintosh. Cara yang digunakan oleh Local Talk dipanggil CSMA/CA (Carrier Sense Multiple Access dengan Collision Avoidance). Ia hampir sama dengan CSMA/CD kecuali komputer memberi isyarat terlebih dahulu sebelum data hendak dihantar. Adapter bagi Local Talk dan kabel pasangan berpintal yang khas boleh digunakan untuk menghubung satu siri komputer menggunakan port bersiri. Sistem operasi Macintosh membenarkan sitem pengoperasian sesama pelanggan (peer-to-peer) tanpa perlu perisian tambahan. Dengan penambahan versi fail pelayan dari perisian AppleShare, sistem pelanggan-pelayan (client-server) bleh dilaksanakan. Protokol Local Talk membenarkan topologi linear bas atau topologi pepohon dengan menggunakan kabel pasangan berpintal. Satu kekurangan kecil bagi Local Talk ialah dari segi kepantasan. Kepantasan bagi penghantaran maklumat bagi Local Talk hanyalah 230 Kbps.
  4. Token Ring: Protokol Token Ring telah dibangunkan oleh syarikat IBM pada pertengahan tahun 1980-an. Cara kemasukan (access method) menggunakan cara penghantaran maklumat di dalam suatu bulatan. Di dalam Token Ring, beberapa komputer dihubungkan bagi membolehkan isyarat berlegar di sepanjang talian rangkaian komputer tersebut. Satu token elektronik bergerak mengelilingi bulatan dari satu komputer ke satu komputer  dan jika komputer tersebut tidak mempunyai informasi untuk dihantar, ia akan bergerak melepasi komputer tersebut ke stesen kerja yang seterusnya. Jika komputer tersebut hendak menghantar maklumat, ia akan mengisi data atau maklumat kepada token yang datang kepadanya. Token tersebut kemudiannya bergerak meneruskan perjalanannya sehingga ia sampai kepada komputer di mana data atau maklumat tersebut hendak dihantar. Pada titik ini, data atau maklumat tersebut akan diperolehi oleh komputer yang menerima. Protokol Gelang Token mengkehendaki topologi Bintang Cecincin (star-wired ring) dengan penggunaan kabel pasangan berpintal (twisted pair) atau kabel fiber optik. Ia berupaya menjalankan operasi pada kepantasan 4 Mbps atau 16 Mpbs. Oleh kerana penggunaan Ethernet yang semakin popular, persekitaran sekolah semakin kurang menggunakan Gelang Token.
  5. FDDI: Fiber Pengagihan Data Antara Muka (Fiber Distributed Data Interface – FDDI) merupakan satu protokol rangkaian terutamanya untuk menghubungkan dua atau lebih rangkaian kawasan setempat, bagi meliputi kawasan-kawasan yang jauh jaraknya. Cara kemasukkan (access method) yang digunakan oleh FDDI turut melibatkan penghantaran token. FDDI menggunakan topologi fizikal cecincin berkembar. Penghantaran biasanya terjadi pada salah satu daripada token atau cecincin, namun begitu jika berlakunya kegagalan di dalam rangkaian, sistem tersebut akan menggerakkan informasi secara automatik menggunakan perjalanan rangkaian yang kedua seterusnya membentuk satu rangkaian baru yang lengkap. Kelebihan yang ketara bagi penggunaan FDDI ialah kepantasan di dalam penghantaran maklumat. Ia beroperasi menggunakan kabel fiber optik pada 100 Mbps.


 

No comments:

Post a Comment