Sunday 25 March 2012

Apa Itu Telekomunikasi??



Telekomunikasi adalah cara atau kaedah untuk menyampaikan atau menyebar berita, maklumat, idea dan nilai-nilai kepercayaan dan banyak lagi. Penyampaian berita boleh disebarkan dalam pelbagai bentuk dan cara samada melalui media cetak seperti surat khabar dan sebagainya. Contoh lain adalah isyarat dengan menggunakan asap oleh orang Indian pada zaman dahulu dan pada masa kini masyarakat umum lebih menggunakan telekomunikasi secara elekronik kerana sumber yang diperolehi lebih tepat.

Telekomunkasi boleh dibahagikan kepada dua iaitu :
  1. Telekomunikasi menggunakan kabel seperti telefon, intercom dan kabel TV.
  1. Telekomunkasi tanpa kabel  ianya bergantung pada jenis frekuensi dan antenna yang di gunakan. Secara tepatnya telekomunikasi tanpa kabel menggunakan gelombang eletromagnetic yang dapat menghantar maklumat. Dalam gelombang electromagnetic kita dapat menghantar maklumat dalam bentuk suara, data,tulisan dan gambar yang  kepada penerima. Samada dekat ataupun jauh tanpa memerlukan pengangkutan.
Satelit komunikasi
Satelit komunikasi sebenarnya merupakan stesen  relay/repeater gelombang micro yang di letakan di angkasa. Fungsi satelit ialah alat komunikasi yang menerima signal radio dengan frekuensi tertentu dari bumi kemudiannya signal tadi dihantar semula ke bumi setelah melalui proses untuk di perkuat dan di ubah kedalam bentuk frekuensi yang berbeza. Gambar berikut merupakan gambaran bagi komunikasi satelit dengan sistem satelit dan interrenstial :

Stesen bumi A memacarkan signal radio kearah satelit dengan bidang frekuensi yang di sebut dengan “lintas atas” atau uplink. Satelit menerima sinyal radio dan kemudian di perkuat dengan mengubah bidang frekuensi pada “lintas bawah” atau downlink memancarkan kembali pada  stesen bumi B.


Telekomunikasi Masa Depan