MEDIA
PENGHANTARAN GELOMBANG ELEKTROMAGNETIK
SATELIT
- Menggunakan gelombang elektromagnetik (radio) dan dihantar melalui ruang angkasa.
 - Pancaran gelombang mikro yang diterima dan dihantar ke destinasi yang dikehendaki menggunakan satu papan atas litar yang dikenali sebagai transponder. Transponder ialah komunikasi/pengawasan tanpa wayar, atau peranti kawalan yang mengambil dan bertindakbalas kepada sebarang isyarat yang diterima.
 - Satu satelit biasanya memiliki banyak transponder, setiap satunya mempunyai kumpulan frekuensinya yang tersendiri.
 - Saluran satelit mempunyai keluasan bandwidth yang tinggi (500 MHz) dan boleh menghasilkan beratus kadar laluan bit data.
 
TERRESTRIAL MICROWAVE 
- Digunakan secara meluas untuk menghasilkan hubungan komunikasi apabila media penghantaran fizikal adalah tidak praktikal dan sukar dipasang. Sebagai contohnya melintasi sungai, paya atau hutan.
 - Pancaran gelombang mikro adalah menerusi atmosfera.
 - Hanya boleh digunakan untuk jarak dekat iaitu lebih kurang 50km.
 - Kelemahan: boleh diganggu oleh faktor luar sepereti struktur binaanya dan keadaan cuaca.
 
RADIO 
- Selalunya digunakan untuk menyediakan hubungan tanpa wayar antara titik akhir wayar tetap (fixed-wire) dan komputer teragih menggunakan penghantar dan penerima atas tanah.
 - Penghantar bagi radio (dikenali sebagai base station) diletakkan pada titik akhir wayar tetap (fixed-wire) iaitu central site.
 - Kawasan liputan untuk setiap base station adalah terhad – iaitu melalui penghadan kuasa output. Oleh itu ia menyediakan saluran yang terhad untuk menampung jumlah muatan kawasan tersebut.
 
No comments:
Post a Comment