Internet Di Malaysia
Internet dimalaysia boleh dikatakan bermula sepenuhnya pada 1995.
Dengan Jaring sebagai pembekal internet ( ISP ) pertama di malaysia.
Apa itu ISP? ISP adalah perusahaan atau satu organisasi yang menyedia dan menjual
perkhidmatan internet. Yang dahulunya ISP lebih terjerumus kepada
perkhidmatan telefon. Namun sekarang hampir semuanya mobile service
provider menyediakan internet seperti CELCOM, MAXIS dan juga DIGI.
Jaring adalah ISP pertama di malaysia |
Dimalaysia Service Provider terbesar di monopoli oleh TM - Telekom
Malaysia. Walaupun dimulakan oleh Jaring sebagai pembekal internet
pertama tapi TM lebih gah dengan ISP yang besar. Mungkin ramai yang
tidak sedar tentang kewujudan Jaring sebagai ISP yang pertama umunnya
bagi ramai orang yagn terbiasa menggunakan service tmnet streamyx ni.
TM sebagai ISP besar di malaysia |
Talian litar suwa antarabangsa berkelajuan 64Kbps ke Amerika Syarikat
telah beroperasi mulai 14hb. Nov. 1992. Talian suwa ini menggantikan
talian X.25 awam dan dail yang tidak lagi kos efektif setelah
meningkatnya bilangan pengguna dan tahap penggunaan JARING. Pada 29hb.
Nov. 1994, keupayaan JARING dipertingkatkan kepada 1.5Mbps yang
merupakan 24 kali ganda lebih pantas berbanding dengan talian
64Kbps.Cuba bayangkan betapa lembab nya speed dulu. hanya 64Kbps untuk
kelajuan ke US. Tapi harus ingat kegunaan pelanggan pada masa itu amat
sedikit Keupayaan JARING ini memanfaatkan sepenuhnya teknologi gentian
optik selaras dengan pertambahan dalam bilangan keahlian.
Tahun 1995 juga menyaksikan pemasangan sambungan kedua ke Internet
antarabangsa. Sambungan tetap yang berkelajuan tinggi pada kadar
2.048Mbps (E1) berfungsi serentak dengan sambungan 1.536Mbps (T1)
sebelumnya. Kehadiran E1 disamping T1 berupaya menampung penggunaan
yang semakin bertambah. Sepanjang tahun 1995 pertumbuhan peningkatan
keahlian JARING bertambah pada kadar purata 22% sebulan. Melalui
Rancangan Malaysia Ke-7, kerajaan telah melaksanakan projek
Superstruktur Maklumat Negara yang menggunakan JARING sebagai prasarana
backbone.
Pada 11 Jun 1997, JARING menempa sejarah dengan pemasangan talian
antarabangsa berkelajuan 45Mbps yang merupakan talian pertama
seumpamanya di rantau ini (di luar Jepun). Talian ini dipasang
mengambil sempena persidangan Internet terbesar di Asia, INET 97.
Selanjutnya pada akhir tahun 1997, jumlah keahlian JARING meningkat
melebihi 100,000 orang dengan jumlah pengguna dianggarkan melebihi
300,000 orang.Inilah serba sedikit pasal sejarah bagaimana internet
bermula dimalaysia.
Jaringan kabel system TM |
Sekarang, dengan perkembangan teknologi ISP itu berkembang tidak hanya dengan menggunakan jaringan telefon tapi juga menggunakan teknologi seperti fiber optic dan wireless.
Di Malaysia terdapat beberapa teknologi yang berbeza dipakai oleh ISP.
Antaranya teknologi Cellular Broadband, DSL ,FibreOptics ,Wireless
Broadband , Hotspot, Leased Line ,VSAT dan juga Wimax
Bagi pembekal internet yang menggunakan teknologi Cellular Broadband
mereka ini terdiri daripada Celcom DIGI , Maxis dan juga Umobile dengan
pelanggan hanya menggunakan telefon bimbit mereka untuk melayari
internet.
DSL pula menggunakan POTS (Plain Old Telephone) untuk menyediakan
perkhidmatan internet kepada pelanggan dan teknologi ini diguna pakai
oleh TM, Jaring Maxis dan TIME kepada pelanggan mereka dengan
berkelajuan 384 kbit/s hingga 10Mbit/s
FibreOptics teknologi terkini menggunakan kabel fiber optik yang
sangat laju untuk membawa data. Antara ISP yang menggunakan teknologi
ini adalah TIME , TMUnifi
FTTH-Maxis , Penangfon , Metrofon dan juga CMFN
Ini adalah senarai ISP iaitu pembekal internet di Malaysia..Memang
Cukup banyak cuma yang kita selalu kenal TM, P1 wimax , Maxis dan juga
Celcom tapi sebenar nya ada lagi yang kita tak tau..ermm ni pun ada
yang tak bubuh dalam list.
Senarai ISP di Malaysia
1- TM - Telekom Malaysia
2- Jaring
3- Time
4- Redtone
5- P1 Wimax
6- Metrofon
7- Maxis
8- Celcom
9- DIGI
10-UMobile
11-Amax
12-iZZi
13-Extream Broadband
14-V-telecom
15-NasionCom
16-Penangfon
17-VDSL